Wednesday, 6 February 2013

Kisah 6 : Cyber Cafe

Dari KELANTAN: Kisah 6/Februari 2013
Ditulis pada: 9:pm, 6/2/2013, Kg Gaal, Pasir Puteh

' Cyber Cafe'

Semalam.

"Abang, sudahlahtu. Semua budak-budak di sini. Abang seorang saja yang pakai kopiah dan berjanggut. Nanti apa pula budak-budak itu kata..." bisik isteri saya , sebaik menguak pintu Cyber Cafe.

Saya turut terperanjat macamana pula tiba-tiba saja si isteri muncul?

" Ani mahu ke pasar malam tadi, tetapi nampak kereta abang di luar sana." Sambung si isteri tanpa dipinta.

Saya sekadar tersenyum dan terus menaip cepat-cepat. Kemudian butang post saya tekan. Selesai.

Saya bingkas bangun mengekori si isteri yang sudah menuju ke luar.

Hari ini.

" Abang, Ani sudah bayar broadband tadi. Kata kerani itu dalam 30 minit boleh connect internet."

Saya tersenyum, bangun dan bersiap mahu ke masjid. Azan Maghrib sudah kedengaran.

Namun kali ini cepat saja pulang ke rumah. Laptop di buka, broadband berfungsi!

www.mudah.my jadi sasaran.

Tidak lama selepas itu,

" Abang, sudah azan Isyak tu. Abang jangan leka pula..." suara isteri mengingatkan.

" Aduh, cantiknya kereta itu. Aduh, cantiknya kereta ini...harganya oh,best,best....." hati berbisik.

"Abang, sudah azan tu!" isteri mengulangi.

Tiba-tiba....

" Solat saja di rumah. Solat dengan isteri pun kira berjemaah juga...." syaitan memujuk.

" Tidak!. Nabi tidak pernah solat berjemaah di rumah!" saya bermonolog. Tetapi mata masih terpaku pada skrin laptop.

" Abang, solat di masjid. Ani mahu 27 pahala!" ulang isteri.

Saya bingkas bangun dan menuju ke masjid.

Ya, kali ini saya masih menang. Namun apakah syaitan akan berputus asa?

Tidak sekali-kali.

"Itu baru ujian internet. Belum TV lagi..." bisik hati.

"Alhamdulillah. Saya memilih untuk tidak memiliki TV di rumah. Sekurang-kurangnya tidak perlu berlawan dengan dua penggoda. TV dan Syaitan."

Penat....

No comments:

Post a Comment