Tuesday 26 February 2013

Kisah 23 : Pesan Dari Langit- Solat 5 waktu

Dari WILAYAH PERSEKUTUAN: Kisah 23
Ditulis pada : 7:52am, 26/2/2013, Hotel Adamson, Kuala Lumpur.

Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Solat 5 waktu'

"Ustaz, mari sarapan di restoran saya" pelawa Hj Ghani . Beliau merupakan salah seorang jemaah yang hadir pada sesi kuliah Maghrib . Masjid terapung di Kuala Perlis memberi ruang kepada kami untuk saling lebih mengenal.

"Wah, ramainya orang....walhal baru jam 7 pagi. " Bisik saya dalam hati sebaik tiba di restoran beliau.

Dikhabarkan restoran itu beroperasi 24 jam. Ia terletak benar-benar di hadapan jeti Kuala Perlis.

Kami mula berbual dan berbual. Subhanallah. Beliau bukan sahaja memiliki restoran yang sangat maju, beliau juga memiliki bisnes kereta sewa. Beliau memiliki 100 buah kereta sewa!.

Menariknya, beliau turut berkongsi apakah amalan yang menjadi asbab rezeki yang melimpah-ruah itu (bersambung )

No comments:

Post a Comment