Saturday, 23 February 2013

Kisah 18 : 10,000 keping bisnes kad

Dari KEDAH: Kisah 18
Ditulis pada: 5:08am , Hotel Amanpura, Sungai Petani, Kedah.

Tajuk: '10,000 keping bisnes kad'

Biasanya saya mencetak tidak kurang dari 10,000 keping bisnes kad pada satu-satu masa. Katakan setiap orang saya berikan tiga keping kad; ini bermakna dengan strategi tersebut saya hanya memerlukan 3,000 orang untuk menyebar luaska bisnes kad tersebut.

Bagaimana pula jika saya mensasarkan 300,000 naskah jualan pada tahun ini?

Begini strateginya:

1) Saya akan cetak sejuta bisnes kad

2) Saya akan sampaikan sejuta bisnes kad itu kepada sejuta orang dengan pelbagai cara.

3) Saya andaikan dari 10 orang yang memiliki bisnes kad itu, 3 orang akan mencari buku tersebut.

4) Kerana itu saya perlu melantik dealer yang ramai agar buku itu mudah diperoleh.

5) Katakan hanya 100,000 orang yang membeli buku tersebut. Ini bermakna daripada 10 orang, hanya seorang yang mencari buku tersebut.

6) Ini bermakna saya perlu menceta 2 juta keping bisnes kad lagi agar mencapai sasaran 300,000 pembeli tadi.

7) Mengapa saya sanggup melakukan strategi ini?Kerana saya difahamkan bahawa:

"Di dalam dunia ini tidak ada satu produk pun yang semua orang mahu. Di dalam dunia ini juga tidak ada satu produk pun yang semua orang tidak mahu."

Justeru, kerja saya adalah mencari "orang yang mahu" sahaja. Dan untuk maksud itu, saya perlu memberitahu kewujudan buku di atas kepada seramai orang yang saya mampu.

Begitulah....

**************

Jika saudara mahu menjadi sebahagian dari keluarga besar kami (dealer), boleh terus berhubung dengan Pengurus Pemasaran kami: En Wizan: 014-5450 888

Manakala jika mahu membeli senaskah buku di atas, boleh terus sms nama dan alamat penghantaran kepada Ustazah Rohani: 012-2621 577 . Pembayaran boleh dibuat setelah buku selamat saudara terima. Insya-Allah.

Manakala jika mahu menjemput saya mengupas kandungan buku di atas bolehlah berhubung terus dengan saya: Fathuri Salehuddin 012-9876 717 ( Saya tidak perlu dibayar untuk maksud ini dan juga tidak ada jumlah minimum- Dengan syarat peserta juga tidak perlu membayar untuk menghadirinya )

Selainnya kita masih boleh bincangkan . Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment