Monday, 4 February 2013

Kisah 4 : Aduhai Saudaraku Rohingya

Dari KELANTAN: Kisah 4/Februari 2013

Ditulis pada: 2:41pm, 5/2/2013, CC, Pasir Puteh.

' Aduhai Saudaraku Rohingya...'

Hp bergetar. Ada sms masuk.

" Assalamualaikum Tuan Fathuri, anta apa khabar?" suara menyapa di hp.

" Alhamdulillah, tuan di mana?" segera saya menyoal balas.

" Ana dalam perjalanan ke Songkla, Thailand..." jawab beliau.\

Kemudian kami diizin Allah bercakap dalam beberapa minit sebelum diakhiri dengan kata-kata berikut.

" Insya-Allah, ana akan emailkan surat tersebut, dan mohon anta sebar-sebarkan."

Semasa baris ini ditaip, saya terbayang wajah Pak Mus. Sungguh, orangnya sangat tenang dan sejuk mata memandang. Pun begitu, dalam ketenangan itu, beliau sudah melalui beberapa peristiwa yang bukan calang-calang.

Cuma beliau belum direzekikan syahid lagi, walaupun sebutir bom pernah jatuh sangat hampir dengan beliau. Subhanallah.

Beliau merupakan aktivis yang jiwanya sangat rapat dengan warga Palestin dan Rohingya.

Berikut merupakan email yang saya terima. Kepada mereka yang sudah membaca buku di atas, saya percaya ini peluang untuk mencipta ombak rezeki yang sungguh dasyat!.

Maklumlah saudara Rohingya kita itu sangat-sangat terdesak. No tel Pak Mus juga ada disertakan. Justeru, ambillah peluang ini untuk menjadi asbab 'Mudahnya Menjemput Rezeki ' kita. Insya-Allah.

From: mustm99@hotmail.com
Subject: Memohon kerjasama untuk mengumpulkan makanan asas bermula dari 1 Febr Jumaat hingga ke suatu tarikh yang ditentukan kemudiaan.
Date: Wed, 30 Jan 2013 05:58:14 +0000
Solidariti Ngo Asean
Alamat sekretariat: 12-2, Jln Jernai 2, Medan Idaman, 53100 KL.
Tel: 03-40319697

Pengerusi.................(sila isikan...!)

Per: Memohon kerjasama pengumpulan makanan asas.

Merujuk perkara diatas saya mewakili jaringan ngo Islam Asian ingin merayu kepada semua masjid, surau dan pejabat di seluruh Malaysia untuk bekerjasama bagi menjayakan usaha ini.

Keperluan makanan amat mendesak bagi sdr Rohingya yang sekarang terdampar di Songkla 800 orang dan di Langkawi seramai 400 orang. Krisis kemanusian tercetus sejak tahun lalu di wilayah Arakan telah mengorbankan ribuan orang dan ratusan ribu telah melarikan diri ke beberapa wilayah berhampiran. Sementara menunggu tindakan dari beberapa negara berhampiran seperti Bangladesh, Thailand, Malaysia dan Indonesia, pihak ngo telah mengambil inisiatif bagi menyelamatkan mereka dari kebuluran dan dengan segera memberi bantuan ini.

Pengumpulan makanan asas akan dimulakan pada hari Jumaat 1Febr hingga 2 Febr dan hari ahad makanan akan dihantar ke tempat penampungan di Langkawi dan Songkla. Thailand.

Kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,
Mustapa Mansor
Kordinator SNA
0143249697 / 0123333825

No comments:

Post a Comment