Wednesday, 27 February 2013

KIsah 25 : Pesan Dari Langit- Tentang Solat-solat Sunat

Dari KUALA LUMPUR: Kisah 25
Ditulis pada: 1:17am, 27/2/2013, Hotel Batu Caves

Tajuk: 'Pesan Dari Langit- Tentang Solat-solat Sunat'

Mata sudah sangat mengantuk. Memang enak jika terus melompat ke katil dan zzzzzzzz....

Namun latihan menulis harus diteruskan. Menulis setiap hari merupakan disiplin yang sedang saya jalani. Kerana banyaknya aktiviti, saya sudah tidak menulis beberapa hari. Justeru, ia perlu di qada'.

Disiplin begini tidak boleh diharapkan orang lain untuk membinanya. Sesukar manapun ia perlu dihadapi.

Sebelum menulis buku di atas juga saya sudah melalui disiplin yang sama. Yakni saya menulis setiap hari. Jika tertinggal perlu diqada'. Dan latihan tersebut saya jalani selama 2 tahun.

**************

Hj Ghani ada bercerita kisah bagaimana beliau terselamat dari ditipu oleh seseorang sebanyak RM10,000.

Pada suatu hari beliau didatangi oleh seseorang yang menawarkan peluang perniagaan. Kata-kata orang tersebut sangat meyakinkan sehingga beliau hampir menyerahkan RM10,000 kepadanya.

Pun begitu, kerana mendengar laungan azan, beliau terus berangkat ke masjid. Urusniaga itu akan diteruskan selepas solat nanti. Begitulah ideanya.

Namun, selepas beliau kembali dari masjid didapati orang tadi sudah tiada. Malah dikatakan sempat melobi rakan beliau sehingga menyerahkan RM5,000. Khabarnya lelaki itu berjanji untuk kembali setelah selesai urusannya dengan pihak-pihak tertentu.

Apa yang berlaku? Lelaki yang ditunggu itu tidak muncul sehingga petang. Musibah yang sepatunya melanda Tuan Hj terhindar asbab mengutamakan solat.

***************

Berikut adalah rumusan dan amalan Hj Ghani sebagai strategi menjemput rezeki. Dengan sangat mudah...Insya-Allah.
Berikut adalah amalannya.

1) Solat 5 waktu berjemaah di masjid
2) Memasukkan wang ke dalam tabung setiap kali masuk masjid.
3) Suka belanja orang makan. Walaupun orang tersebut kaya!
4) Menyumbang secara tetap kepada orang susah .
5) Menaja pengajian pelajar miskin dan susah.

*******************
Petang tadi kami ke Melaka dan dapat belajar amalan yang menarik dari seorang ustaz di sana.

Dikhabarkan beliau seorang konsultan. Beliau pernah dicabar oleh seseorang untuk membuktikan sesuatu.Yakni bagaimana mudahnya menjemput rezeki dengan sebab bertambahnya amalan.

Beliau dengan sengaja menjalankan bisnes insuran dan unit trust sekaligus. Perlu diketahui bahawa jadual beliau sangat ketat kerana jemputan berceramah. sehingga hanya punya waktu 2 hingga 4 jam sehari untuk membuat kedua-dua bisnes tersebut.

Lebih menarik lagi, beliau melakukan bisnes itu kerana hanya mahu membuktikan sesuatu. Bukanlah kerana minat dengan bisnes tersebut.

Hasilnya dalam tempoh kurang 3 bulan, beliau berjaya melangkaui target yang ditetapkan oleh orang yang mencabar beliau, iaitu:

Melalui bisnes unit trust beliau dapat membuat jualan lebih dari RM800,000. Begitu juga dengan bisnes insurannya; result yang beliau capai melankaui jauh dari target yang diberi. Setelah target itu dicapai beliau hentikan semua bisnes tersebut.

Lalu saya bertanya, " Apakah amalan ustaz, sehingga begitu berani dan yakin bertindak begitu?; serta mendapat hasil yang sedemikian rupa?"

Setelah dipujuk2 akhirnya beliau mendedahkan...

Setelah mengetahui tentang amalan itu, saya teruja dan memasang azam baru. Dan saya percaya setiap dari kita boleh melakukannya dan menghasilkan result yang istimewa juga.

Apakah amalan itu?......(bersambung)

No comments:

Post a Comment