Dari KELANTAN: Kisah 8/Februari 2013
Ditulis pada 7:24am, Kg. Gaal, Pasir Puteh.
Tajuk: '10,000 naskah buku Mudahnya Menjemput Rezeki'
Pada 9/2/2013, pencetak buku di atas menelefon pengurus pemasaran saya.
" Tuan, Mr. Ram tanya ke mana 10,000 naskah buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) mahu dihantar?" tanya beliau.
Sebenarnya beberapa hari sebelumnya, Tuan Wizan sudah saya mohon agar memikirkan hal tersebut.
" Jika ada mana-mana bahagian yang tidak mampu tuan fikirkan, mohon
serahkan kepada saya" kata saya bilamana beliau bertanyakan hal
tersebut.
Ternyata, setelah tiga hari isu tempat menyimpan stok buku masih belum selesai.
" Saya janji 5 minit lagi akan return call Mr. Ram tuan. Saya masih
belum dapat idea mana mahu simpan buku sebanyak itu." sambung beliau.
Saya tersenyum dan dengan perlahan berkata, " Selepas ini kita solat
hajat ya tuan. Setiap perkara yang tidak mampu kita selesaikan, terus
sahaja submit pada Allah."
Sungguh, bantuan Allah sangat hampir. Ia datang serta-merta. (bersambung )
No comments:
Post a Comment