Dari KUALA LUMPUR: Kisah 14/Februari 2013
Ditulis pada 9:47pm, 14/2/2013, Kg. Padang Balang, Gombak.
Tajukl: 'Buktikan dengan perbuatan'
Jam menunjuk ke angka 5:15 pagi. Subuh di sini, pukul 6:14pagi. Kami
merancang solat di Masjid Al-Gufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail;
yang asalnya mahu dibuat di Masjid Kota Damansara (Masjid Kuning).
" Kita sama-sama faham hajat kita besar, bagaimana jika kita lakukan ikhtiar rohani bersama-sama?" cadang saya kepada seorang sahabat melalui telefon.
Perbualan ringkas itu akhirnya menjadi satu agenda serius. Ya, kami
diizin Allah membaca surah Yasin sebagai strategi ikhtiar rohani . Kami
berempat, jadi seorang baca 10 kali.
Usai, tazkirah Subuh,
kami berempat memilih satu sudut di masjid itu. Alhamdulillah sekitar
dua jam, 40 kali surah Yasin berhasil dikhatamkan.
Ikhtiar begini biasanya saya lakukan bilamana ada hajat besar.
" En Nathan, berapa harga cetak buku ini untuk 100,000 naskah?" tanya saya kepada General Manager, BS Printing.
"Mr. Nathan, pernahkah pernahkah penerbit mencetak 100,000 naskah sekaligus?" tanya saya lagi.
Mr. Nathan menggeleng kepala.
Saya senyum.
Kelihatan Mr.Nathan membuat kira-kira di atas sehelai kertas yang
begitu banyak kolumnya. Nampaknya beliau bekerja dengan cukup bersistem.
Tidak lama selepas itu, keluarlah harga cetak untuk 100,000 naskah.
Harganya memang istimewa.
Pun begitu, saya perlukan beratus
ribu ringgit agar impian itu jadi nyata. Kerana pembayarannya adalah
dalam bentuk tunai. 50% sebelum dicetak, manakala 50% bakinya perlu
dilangsaikan sebelum stok boleh dibawa keluar dari gudang.
Sungguh, ia merupakan impian yang menarik.
Saya membayangkan begini.
Cetakan pertama: 5000 naskah,2012
Cetakan kedua: 5000 naskah,2012
Cetakan ketiga: 5000 naskah,2012
Cetakan keempat:7000 naskah,2012
Cetakan kelima: 5000 naskah, Jan 2013
Cetakan keenam: 10,000 naskah,Feb 2013
Cetakan ketujuh: 20,000 naskah, Mac 2013
Cetakan kelapan: 30,000 naskah,April 2013
Cetakan kesembilan: 40,000 naskah, Mei 2013
Cetakan kesepuluh:50,000 naskah, Jun 2013
Cetakan ke-11 :60,000 naskah, Jul 2013
Cetakan ke-12: 70,000 naskah, Ogo 2013
Cetakan ke-13: 80,000 naskah, Okt 2013
Cetakan ke-14: 90,000 naskah, Nov 2013
Cetakan ke-14: 100,000 naskah, Dis 2013
Alhamdulillah, cetakan ke-6 sudah jadi nyata dengan izin Allah.
Sasaran seterusnya adalah mencapai 100,000 naskah pada ulang tahunnya yang pertama, yakni pada Mei 2013.
Saya tidak tahu sama ada, ia boleh jadi nyata atau tidak. Namun,
kesungguhan mahu mencapai impian itu perlu dibuktikan dengan perbuatan.
Selain ikhtiar jasmani (akal dan tubuh badan); ikhtiar rohani juga
perlu segera digerakkan. Dan pada saya inilah yang lebih utama.
Atas sebab itulah, ikhtiar rohani dengan surah Yasin kami mulakan
awal-awal lagi. Sungguh, setakat ini hasilnya belum pernah lagi
mengecewakan.
Ikhtiar rohani dengan surah Yasin ada dikupas pada bab 31 buku di atas.
Bagaimana dengan saudara?
Jika saudara mempunyai impian yang serupa, yakni impian yang besar, bagaimana jika kita lakukan ikhtiar rohani bersama-sama?
Kita boleh aturkan tempat dan masa yang sesuai.
Untuk maksud itu, saya boleh dihubungi melalui talian di bawah:
012-9876 717
No comments:
Post a Comment