Dari KEDAH: Kisah 17
Ditulis pada: 4:19am, Hotel Amanpura, Sungai Petani, Kedah.
Tajuk: 'Buat saja'
Pagi semalam saya bertolak ke sini bersama pengurus pemasaran MMR Sales
& Marketing. Sekitar jam 9 pagi kami berhenti di sebuah kedai
makan. Seperti biasa, kami akan mencari ruang dan peluang untuk
mempromosikan buku di atas.
Cara yang paling santai adalah dengan mengedarkan bisnes kad. Uniknya setiap orang kami tidak beri hanya satu kad; tetapi tiga...
Mengapa?
Kerana kami mencontohi seorang salesman no satu dunia yang mana sehingga hari ini rekod beliau masih kekal utuh.
Beliau merupakan seorang penjual kereta yang paling banyak di dunia.
Uniknya beliau menjual secara runcit sahaja; bukanlah dengan cara
canggih sebagaimana yang lazim pada hari ini.
Pada hari ini
kita melihat ramai ejen penjual kereta melakukan pameran atau road show.
Manakala beliau yang saya maksudkan sekadar menggunakan pendekatan dari
mulut ke mulut. Setiap pembeli yang berpuas hati akan mencadangkan nama
beliau kepada rakan dan keluarganya; jika mahu membeli kereta.
Jadi apakah alat yang beliau gunakan untuk tujuan pengiklanan? Ya,
beliau sekadar menggunakan bisnes kad. Uniknya, beliau menggunakannya
dengan cara yang luar biasa.
Bagaimana?
Di antara caranya adalah memberi setiap orang dengan tiga keping kad dan bukan satu.
***************
Info:
Nombor Ustazah Rohani adalah seperti berikut: 012-2621 577 dan bukan
012-2126 577. Ustazah Rohani menguruskan pembelian secara online.
Saudara hanya perlu sms nama dan alamat penghantaran kepada nombor
tersebut. Setelah buku diterima, bolehlah membuat pembayaran.
Insya-Allah.
Saya mohon maaf kepada Cik Puan Maryam Badar
kerana terpaksa menanggung kesusahan menjawab banyak panggilan telefon
yang bertanyakan tentang buku di atas.
No comments:
Post a Comment