Ditulis pada :7:57am, Kg. Gaal,Pasir Puteh.
Tajuk: ' Kalaulah semua customer macam ini...'
(sambungan dari kisah 9 ).
Kata beliau, "Ada tuan, ada....rumah itu kosong."
Melalui alamat yang beliau sms kami mula bergerak ke sana.
" Eh, bukankah ini rumah tuan?" tanya saya.
Beliau tersenyum-senyum. Di samping beliau kelihatan anak dan isteri. Mereka seperti baru selesai berkemas. Raut wajah mereka kelihatan begitu. Setidak-tidaknya dalam keadaan tergesa-gesa.
"Betul tuan; dan dalam rumah saya memang ada sebuah bilik kosong...; dan bilik itu pun memang jarang digunakan. Kami sudah kemaskan tadi. Stok buku itu boleh diletakkan di dalam bilik itu tuan." Riak wajah beliau sangat ikhlas dan ia turun ke hati.
Saya perhatikan pula wajah isteri dan anak beliau. Masing-masing tersenyum menyambut kata-kata sang suami.
Subhanallah. Apa lagi yang mahu saya katakan?
"Mr. Ram, pukul berapa boleh sampai ke alamat yang saya sms tadi?" kedengara suara Tuan Wizan memecah keheningan sepi.
" Tuan, Mr. Ram kata dalam 1:30 petang nanti sampai. Sekarang beliau dan pekerjanya sedang isi buku-buku ke dalam van" beritahunya kepada saya pula.
Sekitar jam dua setengah petang, kerja-kerja memunggah buku selesai. Kami dibantu oleh seluruh ahli keluarga Tuan Zamzuri. Kemudian kami singgah di sebuah gerai untuk mengisi perut.
Tuan Wiza hilang dari pandangan. Sebenarnya beliau pergi mencari bank untuk menyelesaikan 50% lagi pembayaran buku itu. Namun, setelah sekian lama menunggu beliau belum muncul.
" Tidak mengapalah En Fathuri, esok pun boleh bayar" kata Mr. Ram
" Betul Mr. Ram. Tetapi kami memang berazam supaya Mr. Ram dapat semua bayaran pada hari ini. Iaitu sebaik stok dihantar. Bukankah saya berjanji begitu...?" sambut saya.
Beliau tersenyum.
"Kalaulah semua customer sepert En. Fathuri...."
"Dalam Islam upah memang perlu dibayar sebelum peluh kering, Mr. Ram.Maksudnya, mesti cepat-cepat dibayar. Itu nabi yang suruh. Jika orang Islam ikut apa yang nabi suruh pasti berjaya." dakwah saya.
" Mr. Ram sudah tahukan saya mahu jual buku ini banyak-banyak. Saya sasarkan 300,000 naskha pada tahun ini. Saya mohon agar Mr. Ram jaga kualiti dan servis. Insya-Allah, kita boleh sama-sama berjaya" sambung saya.
Alpard muncul.
Mr. Ram kami ajak masuk ke dalam.
Alhamdulilah. Harga cetak 10,000 naskah buku sudah kami langsaikan,tunai.
Mr. Ram gembira.
Urusan seterusnya adalah mengatur strategi agar stok tersebut selesai dalam tempoh 14 hari; kerana sasaran cetakan seterusnya (cetakan ke-7 ) adalah sebanyak 23,000 naskah.
Bila ia tercapai, kami boleh mengatakan begini:
Buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' sudah dicetak sebanyak 50,000 naskah dalam tempoh 10 bulan. Insya-Allah.
Buku MMR dilancarkan di PWTC pada 1/5/2013
Buku MMR disasarkan dimiliki oleh sejuta jiwa pada 1/5/2015
******************************
Info Dealer: Modal menjadi Dealer bermula dari RM45
******************************
Nama dealer akan dipaparkan seperti di bawah. Insya-Allah.
Klang: Zamzuri 019-399 6199
Shah Alam: Syed Ikhwan 013-393 6460
Batu Caves: Syuhada 017-8898 053
Taman Koperasi Polis Fasa 1: Fauzan 012-264 9892
Taman Koperasi Polis Fasa 2: Amirol 019-341 8975
No comments:
Post a Comment