Dari KUALA LUMPUR: Kisah 13/Februari 2013
Ditulis pada 11:33pm, 14/2/2013, CC, Taman Koperasi Polis F2
Tajuk: 'Hati seorang Ayah Tiri'
(Sambungan dari kisah 11)
" Assalamualaikum ustaz, buku tinggal 4. Ustaz di mana? " kedengaran suara Adnan ceria.
Dua hari lepas Adnan diberikan 10 naskah buku 'Mudahnya Menjemput
Rezeki' untuk dijual. Pada sebelah malamnya semasa bertemu di tepi
stesen minyak Petronas, beliau berkata begini:
" Saya minta maaf ustaz, hasil jualan buku, saya terpaksa guna dulu sebab anak-anak lapar sangat. Saya gunakan RM8 ustaz..."
Aduhai, luluh hati saya mendengar pengakuan itu. Cuma kalaulah Adnan
tahu, ada cara yang lebih barakah bila dia sanggup meminta izin terlebih
dahulu. Sungguh, ia bukan soal jumlah. Namun, di sinilah kita selalu
diuji...Nafsu selalu mahu mendahului akal.
Menggunakan harta orang lain tanpa izin bukanlah sunnah nabi.
Menggunakan harta orang lain dengan izin adalah sunnah nabi. Siapa mengamalkan sunnah nabi, walau sekecil apapun ada kejayaan.
" Sekarang saya berada di Kuala Lumpur. Adnan ikhtiar supaya 10 naskah
buku itu habis hari ini. Kemudian telefon saya..." saya mententeramkan
hatinya.
Sungguh, saya ada menyimpan rancangan untuk beliau.
Malah saya punya azam agar Adnan mampu memiliki sebuah kereta dengan
menjual buku di atas.
Sebenarnya menjual buku di atas bukanlah sukar. Tambahan pula dengan adanya testimoni dari beberapa orang yang berpengaruh.
Apatah lagi dengan pengalaman menjual beribu-ribu naskah sebelumnya, memberikan saya satu keyakinan bahawa:
" Menjual itu adalah satu kemahiran. Dan sesiapa sahaja yang mahu boleh memiliki kemahiran itu"
Saya teringatkan satu sms yang saya terima semalam. Beliau seorang
wanita, dan berhasrat menjual buku tersebut sebaik selesai membacanya.
Keesokannya beliau datang dan membawa pulang 20 naskah buku.
Menariknya dalam tempoh 24 jam, sms berikut dihantar kepada saya:
"Salam ustaz, sejam yang lepas saya dah jual 5 buku pada orang yang
lalu lalang di Mydin Subang. 3 Ex ofismate dan 2 orang asing. Mudahnya
dapat rezeki. Alhamdulillah."
Saya mula berimaginasi...
" Adnan akan menjaga gerai buku pertama kami di CIMB Jerteh. Kemudian
saya akan melatih beliau agar cekap dalam seni menjual. Dengannya beliau
boleh mendapat pendapatan yang cukup untuk menabung. "
"
Kemudian, dengan modal hasil dari tabungan tadi, beliau akan memulakan
sebuah perniagaan. Setelah perniagaan beliau stabil, beliau akan menulis
buku dan mula berkongsi pentas dengan saya untuk menyampaikan mesej
buku di atas."
Begitulah...
Segalanya bermula dari impian....
****************
Info:
Pagi ini saya berada di kawasan Gombak. Sebagaimana lazimnya, saya suka
mengisi celah-celah aktiviti dengan bersilaturrahim dengan saudara.
Sama ada pembaca atau bakal pembaca buku di atas. Apatah lagi kepada yang mahu menjadi dealer.
Insya-Allah kita boleh bertemu, minum-minum dan makan-makan. Saya belanja.
Mohon hubungi saya di sini: 012-9876 717
No comments:
Post a Comment